Dasar Privasi
Dikemas kini: 23 November 2026
Cikgu Joy (cikgujoy.com) ialah sistem Rekod Pengajaran Harian untuk guru sekolah. Dasar ini menerangkan data yang kami kumpul, sebab kami menggunakannya, dan hak anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang kami kumpul
- Daripada log masuk Google: alamat e-mel dan nama anda sahaja. Kami tidak membaca e-mel, kenalan atau data Google lain anda (untuk Google Drive, lihat bahagian 4).
- Profil guru yang diisi oleh anda atau pentadbir sekolah: nama, no. kad pengenalan, jantina, agama, no. fail JPN/SPP, opsyen, gambar dan nama pengesah.
- Jadual waktu, kelas, rancangan dan rekod pengajaran harian yang anda buat, serta fail yang anda muat naik.
- Data teknikal asas yang perlu untuk keselamatan, seperti kuki log masuk.
2. Cara kami menggunakan data
- Untuk log masuk dan memadankan e-mel anda dengan akaun guru yang ditambah oleh sekolah anda.
- Untuk menyediakan, menyimpan dan mencetak RPH anda, dan membolehkan pengesah sekolah menyemaknya.
- Kami tidak menjual data anda, tidak menggunakannya untuk iklan, dan tidak berkongsinya kecuali seperti dalam bahagian 3.
3. Siapa yang boleh melihat data
- Anda sendiri, pentadbir sekolah anda, dan pengesah yang anda pilih. Sekolah lain tidak boleh melihat data anda.
- Penyedia perkhidmatan yang kami guna untuk menjalankan sistem: Supabase (pangkalan data dan log masuk), Cloudflare (pelayan laman web) dan Google (log masuk Google; Google Gemini untuk membaca fail jadual waktu dan senarai guru yang dimuat naik oleh pentadbir).
- Pihak berkuasa, jika dikehendaki oleh undang-undang.
4. Data pengguna Google
Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada Google API mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use. Kami hanya menggunakan e-mel dan nama anda untuk log masuk.
Jika anda memilih untuk menyambung Google Drive, kami meminta kebenaran drive.file sahaja: Cikgu Joy hanya boleh mengakses fail yang dibuatnya sendiri dan folder yang anda pilih, bukan fail lain dalam Drive anda. Ia digunakan untuk menyimpan PDF RPH anda ke folder tersebut. Token akses disimpan secara tersulit dan anda boleh memutuskan sambungan pada bila-bila masa di halaman Profil atau di myaccount.google.com/permissions.
Butang "Kongsi ke Classroom" membuka halaman kongsi Google Classroom sendiri; Cikgu Joy tidak mengakses data Classroom anda.
5. Penyimpanan dan keselamatan
Data disimpan dalam pangkalan data yang dilindungi dan dihantar melalui sambungan yang disulitkan (HTTPS). Kami menyimpan data selagi akaun anda aktif atau selagi sekolah anda memerlukannya. Akaun yang dinyahaktifkan tidak boleh log masuk lagi.
6. Hak anda
Anda boleh melihat dan membetulkan profil anda dalam sistem. Untuk meminta salinan atau pemadaman data anda, hubungi pentadbir sekolah anda atau e-mel kami.
7. Hubungi kami
Soalan tentang privasi: support@cikgujoy.com